20 April 2013

Alhamdulillah..

Assalammualaikum W.B.T

lama juga tak post kat blog nie kan? emm.. maklumlah, busy dengan aktiviti harian yang sangat2 menuntut perhatian dan komitmen yang lebih daripada menghadap blog ini.. hu3... so, saya harap semua orang2 yang saya sayang sihat sejahtera dan sentiasa di dalam rahmat Allah. Amin..

weekend datang lagi.. kali nie seronok skit sbb Encik Rashid a.k.a Encik Hubby da tamat kursus selama 6 bulan tu. so, lps nie tak perlulah tinggalkan ummi n darwish lama2 lagi k. sebenarnya.. semalam darwish kena athma attack.. batuk semakin kerap menjelang petang. terus bawa ke An-Nur, Bndr.Baru Bangi kesian kat dia.. doktor bagi 2 kali nab (nabulizer), baru ok nafas dia. doktor bagi surat in-case asma dia makin teruk. we'all dah risau kalau darwish kene warded.. Alhamdulillah, lps makan ubat batuk kurang.. nafas pun makin ok. tapi, semalaman saya dan en.hubby tak tido lena sebab sentiasa nak pastikan nafas dia ok. Alhamdulillah, syukur.. Allah mendengar doa hambaNya.. 

hurm, diam tak diam.. dalam saje suka-suka buat kek batik, saya dah dapat customer yang kedua.. hehehe. thanks to Puan Zarina a.k.a Mak Buyung.. hikhikhik.. tanpa sokongan kawan2, apelah sangat kek batik saya tu.. Rezeki itu datangnya dari Allah.. semuanya dengan izin dari Nya. kadang2 Allah tak beri ape yang kita mahu, tapi Allah beri ape yang kita perlukan. Bersyukurlah walau sedikit.. kerana dengan sedikit itu, kita merasai kenikmatannya.

check it out!



10 April 2013

PERCAYA

Assalammualaikum W.B.T


Dalam kehidupan ini, setiap manusia pasti akan menjalinkan hubungan di antara satu sama lain. Tidak kiralah dengan Allah, keluarga, sahabat, kekasih dan lain-lain. Setiap perhubungan pula memerlukan beberapa sifat yang perlu dijadikan panduan untuk memelihara sesebuah perhubungan.

Percaya dalam perhubungan, adalah satu sifat atau perkara yang perlu diterapkan. Terutama percaya akan wujudnya tuhan yang satu iaitu Allah s.w.t. Saya ingin menekankan bahawa sifat percaya di dalam sesebuah perhubungan antara sahabat dan kekasih adalah amat penting kerana ia mampu mengekalkan perhubungan tersebut. Tetapi tidaklah sehingga seratus peratus pula, setiap hubungan yang dibina pasti akan ada perasaan was-was bukan. Bagi saya, itu adalah baik untuk perhubungan.

Kadang-kadang kita lupa bahawa kekasih atau sahabat kita juga merupakan seorang manusia yang tidak mungkin lari melakukan kesilapan di dalam perhubungan, tetapi janganlah sesekali keyakinan atau kepercayaan anda kepada mereka terhakis begitu sahaja. Berilah mereka peluang untuk memperbaikinya.
Mungkin mereka ada sebab melakukan kesilapan tersebut, anggaplah ia sebagai dugaan di dalam perhubungan. Setiap perkara pasti ada masalahnya, begitu juga di dalam perhubungan.

Percaya kepada Allah - Rukun Iman

Sekian..

03 April 2013

Kek Oh Kek..

Assalammualaikum W.B.T

Hai u'ols.. cam lama sgt tak post entry. u'ols sihat ke? Semoga kita sentiasa dibawah lindunganNya.. Amin...

last saturday, ade org order kek batik dengan saya.. mula-mula macam berat hati nak ambil order sebab tak serius nak buat. niat bukan untuk jual pun, saje suka-suka sebab nak makan sendiri. Kebetulan bawa ke opis bagi kengkawan rasa. rezeki Allah bagi, elok dikongsi dengan hamba Allah yang lain supaya keberkatan dapat dirasai bersama. tak gitu?! Pening kepala jap, tak pernah umur jual kek. First time pulak tu buat.. terus wassap en.hubby, 'u.. ade orang order kek batik dgn i..' nak jual berape ringgit ek? nak letak dalam ape? nak beli barang kat mane? esok orang tu ambik kat umah pukul 8pagi.. sempat tak ek? wah3... banyak betul persoalan.. hahahah... nervous!! pastu call mak pulak.. mak, boleh tak adik jual harga sekian... sekian.. kalut... memang kalut.

Malam tu bergegas ke  Bdr. Baru Bangi, jumpa Yummie Bakery Ingredients Macam-macam ada kat situ.. tetiba teringin pulak nak buat kek sendiri. hahahahha... pantang nampak ko kan?! Alhamdulillah, urusan jual beli selesai. walaupun customer dtg lambat dari masa yang dijanjikan.. its ok. Customer is always right! Thanks kat en.hubby n kengkawan yang sentiasa menyokong. luv u'ols..

Truly, sejak dua menjak nie, kalau tekak tu nak makan sesuatu.. mesti usaha untuk masak sendiri. sanggup cari bahan n cari resepi. bila hasilnya menjadi, SANGAT PUAS HATI! u'ols..

InsyaAllah, jika kita ikhlas dalam sesuatu perkara.. mesti hasilnya menggembirakan. kan?

p/s: maaf ye kengkawan, gambar terlupa nak ambil.. kelam kabut. hehe...

02 April 2013

Surprise!! Happy Birthday Sayang..

Assalammualaikum W.B.T..

Sori, lambat post entry nie.. betapa sibuknye saya.. haha, sibuk lah sgt.. kn? ke buat2 sibuk.. kihkihkih...

Actually, surprise birthday en.hubby nie saya plan dari awal bulan mac lagi.. kek ditempah khas dengan kak p'dah. Terima kasih yang tak terhingga kerana sanggup buat kek yang 'ohsem' itu. Birthday en.hubby pada 26 Mac 2013 yang lepas kami sambut bertiga je. darwish yang paling excited dengan kek yang cantik itu.. siap bawa mangkuk n sudu ok! jom, kite tengok pic2 di hari kejadian.. check it out!

Selamat Hari Jadi Sayang... make sure i always dalam hati u.

 Kad ucapan buat sendiri.. ikhlas dari hati.

 nampak tak mangkuk yang comel n sudu disitu? hehe...

I'm Lovin' It!!