10 April 2013

PERCAYA

Assalammualaikum W.B.T


Dalam kehidupan ini, setiap manusia pasti akan menjalinkan hubungan di antara satu sama lain. Tidak kiralah dengan Allah, keluarga, sahabat, kekasih dan lain-lain. Setiap perhubungan pula memerlukan beberapa sifat yang perlu dijadikan panduan untuk memelihara sesebuah perhubungan.

Percaya dalam perhubungan, adalah satu sifat atau perkara yang perlu diterapkan. Terutama percaya akan wujudnya tuhan yang satu iaitu Allah s.w.t. Saya ingin menekankan bahawa sifat percaya di dalam sesebuah perhubungan antara sahabat dan kekasih adalah amat penting kerana ia mampu mengekalkan perhubungan tersebut. Tetapi tidaklah sehingga seratus peratus pula, setiap hubungan yang dibina pasti akan ada perasaan was-was bukan. Bagi saya, itu adalah baik untuk perhubungan.

Kadang-kadang kita lupa bahawa kekasih atau sahabat kita juga merupakan seorang manusia yang tidak mungkin lari melakukan kesilapan di dalam perhubungan, tetapi janganlah sesekali keyakinan atau kepercayaan anda kepada mereka terhakis begitu sahaja. Berilah mereka peluang untuk memperbaikinya.
Mungkin mereka ada sebab melakukan kesilapan tersebut, anggaplah ia sebagai dugaan di dalam perhubungan. Setiap perkara pasti ada masalahnya, begitu juga di dalam perhubungan.

Percaya kepada Allah - Rukun Iman

Sekian..

No comments:

Post a Comment