22 June 2013

Murah Rezeki

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin-Nya kita masih lagi bernafas pada hari ini. lama dah saya tak update blog ni kens?? sibuk dengan aktiviti harian.. (sebenarnya, xde idea nak post hape!!) hehehe...

Anyway.. pada awal bulan jun aritu, we'all balik kampung tau.. (i mean JB) hewhewhew... kampung tapi bandar. mak saya suruh balik sebab nak bagi saguhati.. Alhamdulillah, murah rezeki kami adik beradik. tengkiu mak.. we love u!! bile masing2 ade lebihan, makanya kami adik beradik plan family trip ke Legoland!! yeayyy... kami sekeluarga di sana satu hari suntuk. mak saya paling seronok sebab, dpt luangkan masa dengan anak menantu n cucu2 nya. jangan x tau, roler coaster pun mak i naik tau.. kihkihkih cuaca kat sana panasnye lah hai nye ponnn!!! ok, check it out pic we'all kat sana kay!!

Welcome to Legoland Malaysia!!

 Happy Family on Happy Holiday!

Darwish sangat teruja dapat naik train..

Darwish n Aisy

Darwish wif Abi

Keluarga sentiasa menjadi keutamaan saya.. tiada harta yang paling bernilai di dunia ini selain keluarga saya. Syukran Ya Allah.. kerana memberi aku harta yang tidak ternilai ini. Sayangilah mereka kerana aku amat sayangkan mereka.

Alhamdulillah di atas rezeki yang Engkau berikan kepada kami..

19 May 2013

Busy?!! yes i am...

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulillah, kita masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida lagi hari ni. hehe... sihat ke u'ols? lama jgk kan saya tak post kat blog nie.. sorilah, i am so busy!! poyo x? banyak dah yang saya tak hapdet.. wawawawa.. nak mula dari mane ek?!

ok lah, nak tau kenapa saya busy? ape lah yang saya busy sgt tu ye!! bermulanya kesibukan saya dengan Bengkel Perjawatan di Concorde Inn KLIA pada 26 hingga 28 April 2013 yang lalu.. saya bawa 2 hero saya ke sana tau. Concorde Inn yang ala2 motel nie, sgt2 boleh dipuji kerana bilik yang selesa.. menyediakan makanan yang sedap dan banyak pilihan dan yang paling best.. ade kolam renang. Darwish Haziq sgt teruja dgn kolam itu!

 suka sgt dapat swimming.. lain kali kita pegi lagi k!

selesai bengkel di Concorde Inn.. bermula 1 Mei 2013 (Hari Buruh) saya bercuti sampai 6 Mei 2013. actually, hari mengundi pada 5 Mei kn, so.. saya amik extra cuti. alang2 dapat balik mengundi, saya cuti lama skit. tapi, kali ni balik JB tanpa hubby.. saya dan darwish je yang balik. hehe... en.hubby terlibat dgn operasi PRU13 di Gelang Patah masa tu. its ok.. saya ok je.. truly, mmglah tak best kalau dia xde.. tapi nak buat camane kn. balik kali ni serabut skit sbb umah mak tok (panggilan utk nenek saya) tengah renovation. rumah tengah berselerak sgt2.. umah mak saya pun macam tu jgk. disebabkan umah MIL (mother in law) saya pun dekat.. bolelah lari2 jap gi sana dgn darwish. hehe... darwish happy sgt bile jumpa cousin n uncle dia kat sana. yelah, kat sini dia sensorang je.. kat sana ramai kwn. main aje lah ape lagi.. tido pun lambat..

walaupun rumah tengah selerak, tetap nak posing.. background mcm dok umah kotak pulak.. haha



Alhamdulillah, saya dapat menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat malaysia. ni kali kedua saya keluar mengundi. ape pun keputusannya.. kita sebagai rakyat yang menentukan. ok, full stop. mls nak cakap pasal politik.. yang penting saya pilih.... MALAYSIA!!
 
 
                                                                                        dakwat kekal..

belum penat mengemas baju2 n barang2 balik dari JB, saya kena packing barang semula untuk ke Sekinchan pulak.. Team Building BPSM 2013. kali nie program di buat di Sekin Fisherman Village dari 10 Mei hingga 12 Mei dengan tema ala kampung.. sorry hubby.. u kene jaga darwish kat umah k. hehe... sangat seronok team building kali nie sebab tema yang menarik, dapat tengok sawah.. makan lauk kampung.. tangkap ayam.. tgk orang tangkap ikan keli.. seronok sangat la. 


kehijauan padi yang terbentang luas amat mendamaikan.. cewahh!!

Tamatlah sudah kesibukan saya.. lepas nie kene fokus pada kerja di opis pulak. ape pun yang kita lakukan, lakukan dengan hati yang ikhlas ok! yang penting.. be ur self!

20 April 2013

Alhamdulillah..

Assalammualaikum W.B.T

lama juga tak post kat blog nie kan? emm.. maklumlah, busy dengan aktiviti harian yang sangat2 menuntut perhatian dan komitmen yang lebih daripada menghadap blog ini.. hu3... so, saya harap semua orang2 yang saya sayang sihat sejahtera dan sentiasa di dalam rahmat Allah. Amin..

weekend datang lagi.. kali nie seronok skit sbb Encik Rashid a.k.a Encik Hubby da tamat kursus selama 6 bulan tu. so, lps nie tak perlulah tinggalkan ummi n darwish lama2 lagi k. sebenarnya.. semalam darwish kena athma attack.. batuk semakin kerap menjelang petang. terus bawa ke An-Nur, Bndr.Baru Bangi kesian kat dia.. doktor bagi 2 kali nab (nabulizer), baru ok nafas dia. doktor bagi surat in-case asma dia makin teruk. we'all dah risau kalau darwish kene warded.. Alhamdulillah, lps makan ubat batuk kurang.. nafas pun makin ok. tapi, semalaman saya dan en.hubby tak tido lena sebab sentiasa nak pastikan nafas dia ok. Alhamdulillah, syukur.. Allah mendengar doa hambaNya.. 

hurm, diam tak diam.. dalam saje suka-suka buat kek batik, saya dah dapat customer yang kedua.. hehehe. thanks to Puan Zarina a.k.a Mak Buyung.. hikhikhik.. tanpa sokongan kawan2, apelah sangat kek batik saya tu.. Rezeki itu datangnya dari Allah.. semuanya dengan izin dari Nya. kadang2 Allah tak beri ape yang kita mahu, tapi Allah beri ape yang kita perlukan. Bersyukurlah walau sedikit.. kerana dengan sedikit itu, kita merasai kenikmatannya.

check it out!



10 April 2013

PERCAYA

Assalammualaikum W.B.T


Dalam kehidupan ini, setiap manusia pasti akan menjalinkan hubungan di antara satu sama lain. Tidak kiralah dengan Allah, keluarga, sahabat, kekasih dan lain-lain. Setiap perhubungan pula memerlukan beberapa sifat yang perlu dijadikan panduan untuk memelihara sesebuah perhubungan.

Percaya dalam perhubungan, adalah satu sifat atau perkara yang perlu diterapkan. Terutama percaya akan wujudnya tuhan yang satu iaitu Allah s.w.t. Saya ingin menekankan bahawa sifat percaya di dalam sesebuah perhubungan antara sahabat dan kekasih adalah amat penting kerana ia mampu mengekalkan perhubungan tersebut. Tetapi tidaklah sehingga seratus peratus pula, setiap hubungan yang dibina pasti akan ada perasaan was-was bukan. Bagi saya, itu adalah baik untuk perhubungan.

Kadang-kadang kita lupa bahawa kekasih atau sahabat kita juga merupakan seorang manusia yang tidak mungkin lari melakukan kesilapan di dalam perhubungan, tetapi janganlah sesekali keyakinan atau kepercayaan anda kepada mereka terhakis begitu sahaja. Berilah mereka peluang untuk memperbaikinya.
Mungkin mereka ada sebab melakukan kesilapan tersebut, anggaplah ia sebagai dugaan di dalam perhubungan. Setiap perkara pasti ada masalahnya, begitu juga di dalam perhubungan.

Percaya kepada Allah - Rukun Iman

Sekian..

03 April 2013

Kek Oh Kek..

Assalammualaikum W.B.T

Hai u'ols.. cam lama sgt tak post entry. u'ols sihat ke? Semoga kita sentiasa dibawah lindunganNya.. Amin...

last saturday, ade org order kek batik dengan saya.. mula-mula macam berat hati nak ambil order sebab tak serius nak buat. niat bukan untuk jual pun, saje suka-suka sebab nak makan sendiri. Kebetulan bawa ke opis bagi kengkawan rasa. rezeki Allah bagi, elok dikongsi dengan hamba Allah yang lain supaya keberkatan dapat dirasai bersama. tak gitu?! Pening kepala jap, tak pernah umur jual kek. First time pulak tu buat.. terus wassap en.hubby, 'u.. ade orang order kek batik dgn i..' nak jual berape ringgit ek? nak letak dalam ape? nak beli barang kat mane? esok orang tu ambik kat umah pukul 8pagi.. sempat tak ek? wah3... banyak betul persoalan.. hahahah... nervous!! pastu call mak pulak.. mak, boleh tak adik jual harga sekian... sekian.. kalut... memang kalut.

Malam tu bergegas ke  Bdr. Baru Bangi, jumpa Yummie Bakery Ingredients Macam-macam ada kat situ.. tetiba teringin pulak nak buat kek sendiri. hahahahha... pantang nampak ko kan?! Alhamdulillah, urusan jual beli selesai. walaupun customer dtg lambat dari masa yang dijanjikan.. its ok. Customer is always right! Thanks kat en.hubby n kengkawan yang sentiasa menyokong. luv u'ols..

Truly, sejak dua menjak nie, kalau tekak tu nak makan sesuatu.. mesti usaha untuk masak sendiri. sanggup cari bahan n cari resepi. bila hasilnya menjadi, SANGAT PUAS HATI! u'ols..

InsyaAllah, jika kita ikhlas dalam sesuatu perkara.. mesti hasilnya menggembirakan. kan?

p/s: maaf ye kengkawan, gambar terlupa nak ambil.. kelam kabut. hehe...

02 April 2013

Surprise!! Happy Birthday Sayang..

Assalammualaikum W.B.T..

Sori, lambat post entry nie.. betapa sibuknye saya.. haha, sibuk lah sgt.. kn? ke buat2 sibuk.. kihkihkih...

Actually, surprise birthday en.hubby nie saya plan dari awal bulan mac lagi.. kek ditempah khas dengan kak p'dah. Terima kasih yang tak terhingga kerana sanggup buat kek yang 'ohsem' itu. Birthday en.hubby pada 26 Mac 2013 yang lepas kami sambut bertiga je. darwish yang paling excited dengan kek yang cantik itu.. siap bawa mangkuk n sudu ok! jom, kite tengok pic2 di hari kejadian.. check it out!

Selamat Hari Jadi Sayang... make sure i always dalam hati u.

 Kad ucapan buat sendiri.. ikhlas dari hati.

 nampak tak mangkuk yang comel n sudu disitu? hehe...

I'm Lovin' It!!



25 March 2013

Kesalahan berhijab

Assalammualaikum W.B.T.. Semoga kita sentiasa dilindungi oleh-Nya..

 Pengertian Aurat, Hijab, Jilbab Dan Niqab | iluvislam.com discover the beauty of islam



entry ini hanya sebagai panduan kepada wanita, ibu, adik yang diluar sana.. bukan untuk menunjuk yang diri ini terlalu sempurna, jauh sekali untuk memperlekehkan cara atau ape yang kita pakai. Sama-samalah kita memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dan yang diredhai.. 

24 March 2013

Roti John Cinta, Kasih & Sayang

Assalammualaikum W.B.T

Selamat pagi ahad! u'ols breakfast ape arini? arini saya teringin nak makan roti john, yang beli tu dah selalu rasa.. ape kata kite buat sendiri. jom, checked it out!!

Bahan2:
Bawang Besar+Bawang Putih (dikisar halus)
Daging Hancur
Telur
Daun Sup
Serbuk Kari
Maggie Cukup Rasa
Roti Hotdog
Planta

Cara Memasak 1:
Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar itu.
Setelah naik bau, masukkan daging hancur.
kacau rata, masukkan maggie cukup rasa.
bancuhkan telur, daun sup dan serbuk kari.
setelah daging masak, campurkan kedalam bancuhan telur tadi.

Cara Memasak 2:
Gunakan fry pan supaya acara memasak menjadi lebih mudah (alasan sebenarnya, tidak melekat)
sapukan planta di atas pan dengan api yang sederhana.. sapukan bancuhan daging tadi ke atas roti
letakkan di atas fry pan dan biarkan seketika. terbalik kan roti sehingga masak.
Ulang operasi ini sehingga habis bancuhan.

Saya guna 7 ketul roti hotdong bersama 5 biji telur.. (bergantung kepada citarasa masing2 ye..)

Siap!

sorilah ye.. keadaan roti xberape nak comel. tapi sedap dimakan. hehe... perasan.

23 March 2013

M.I.A

Assalammualaikum W.B.T

Semoga hari-hari kita sentiasa ceria disamping yang tersayang.. actually, happy weekend!! apa aktiviti hari nie? hurm.... saya? plan arini nak pegi beli barang dapur.. dah banyak barang habis. especially... beras. dah tinggal skit.. he3

pagi-pagi lagi saya dah bangun. cakap kat en.hasben, kite pegi TESCO awal-awal lah.. kalau pegi lambat, byk barang dah habis.. dengan confidentnye saya cakap tesco buka kul 10. hahahha... sampai je kat depan TESCO Kajang, dah banyak kereta memenuhi parking.. ramainye orang. terpandang ke arah papan tanda waktu perniagaan.. Operasi jam 8.00pagi - 11.00mlm. he3.. en.hasben jeling saya, awal lah sgt kn... hikhik... next time kite keluar rumah kul 7 lah yang. sambil senyum kambing kat dia.

banyak barang yang murah.. tu yang seronok shopping kat sini. berbaloi-baloi.. point dapat, voucher pun dapat. hari nie hari tanpa beg plastik, saya bawa empat shopping bag.. beg ikea pun ada.. beso kn.. n beg tesco, ni mmg kena bawa sebab nak dapatkan point.. beg-beg ni semua ada kategori, basah, kering, makanan dan bukan makanan.. hehe... menarik tak?

penat shopping, we'all gi KFC.. breakfast merangkap lunch. en.hasben lapo tahap gaban sebab pagi tadi tak breakfast.. kesian dia. so, saya belanja dia n darwish makan KFC. nyum2.. dah kenyang, masa untuk pulang.. darwish pun dah buat 'kueh', busyukkk!!!

sampai umah, en.hasben terpaksa kejutkan dia then bersihkan budak busyuk itu.. mengamuk sekejap sebab terjaga secara terpaksa dari tido yang lena. pastu, suruh dia tido semula.. dia mintak susu. saya cari dalam beg yang we'all bawa gi tesco tadi.. tak ada.. saya tanya en.hasben, mana botol susu darwish.. u letak mane? dia kata ada dalam beg tu.. saya cari lagi, tak ada.. Oh My God! mmg tak ada.. en.hasben kata may be cicir dalam kereta, dia trun semula kat parking..

tak lama pastu, ummi.. tak ada pun... hurm, mane botol susu dia nie? seingat saya, lepas darwish minum tadi saya letak semula kat tepi beg. waaa... confirm hilang. darwish.. botol awk dah hilang. missing in action.. dah la kat umah tu je botol susu awk. so, awk dah takyah minum susu lah ye?! hehe..


seharian.. darwish resah n gelisah. botol susu hilang mcm hilang bantal busyuk.. haha... sori ye, bukan salah ummi atau abi. bukan salah ank ummi jugak.. tak taulah mane menghilang. mulai hari nie awk minum guna cawan ye.. sayang busyuk ummi.

18 March 2013

Ruam Panas... Anak Oh Anak

Assalammualaikum W.B.T

Semoga kita sentiasa di bawah lindungan dan diberkati oleh Allah S.W.T

Hari sabtu petang.. kulit di bwh hidung darwish menjadi kemerahan. saya fikir may be dia melecet sebab dia selsema. dia pun tak menunjukkan tanda-tanda tempat itu menyakitkan.. tengah malam tu, darwish merengek seperti orang kepanasan, tak selesa tido sambil tangan dia menggaru-garu dada dan leher.

Merasa seperti ada sesuatu yang mengganggu dia, saya on lampu tido.. saya nampak bintik-bintik merah memenuhi dada  dan leher darwish. saya ingat dia hanya alahan ubat, sebab bermula seminggu yang lepas saya ada menyapu ubat aroma theraphy di dada dan leher dia. saya ambil tindakan untuk menyapu krim gatal-gatal sahaja.

 keadaan kulit darwish malam tu

esoknye, saya tengok bintik-bintik merah itu jadi makin banyak bila darwish berpeluh. kesian kat dia tergaru-garu.. rupa-rupanya darwish kene ruam panas, nasib baik dia tak demam. so, en.hasben gi beli ubat untuk darwish sebab kat umah tak ada. Alhamdulillah, pagi nie nampak bintik-bintik kemerahan tu semakin berkurang.. nampaknye ubat tu berkesan n sesuai dengan darwish. walaupun dia masih tergaru-garu di tempat yang gatal.. n mulut yang tak reti diam asyik sebut.. atit mi.. (sakit ummi). hehehe... darwish.. darwish...

 krim dan bedak antiseptik yang sangat sesuai untuk darwish.

sedikit info tentang ruam panas di sini => http://www.babycenter.com.my/a1045215/ruam-panas

Sharing is Caring.. Wasalam

17 March 2013

Mee Goreng Basah Kasih, Sayang, Cintaku..

Assalammualaikum W.B.T

Hari nie saya cakap kat en.hasben nak masak mee goreng basah.. asyik makan nasi je, kalau masak nasi je xpe.. ni nak kene pikir lauk pulak kn? so, no nasi for today. hehehe

Rasanya dah lama tak selerakkan dapur tu.. Actually, bile en.hasben outstation.. saya pun malas nak keluarkan asap kat dapur tu. Tapi, bila dia ada.. automatik saya jadi rajin nak masak. macam-macam resepi dalam kotak fikiran saya. jom tengok hasil mee goreng basah saya.. check it out!!

Bahan2
Mee Kuning (dicelur terlebih dahulu)
Cili Kisar
Sotong
Fish ball
Isi Ayam
Kicap Pekat
Sos Tomato
Sos Tiram
Lobak Merah
Sawi
Tomato
Garam + Gula (secukup rasa)
Sedikit minyak masak (utk menumis)
Air


Cara Memasak:
Tumis cili kisar hingga naik bau.
Masukkan sos tomato, sos tiram, kicap pekat dan kicap lemak manis dan air. biar ia mendidih..
 Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
 Lepas tu masukkan ayam, fish ball dan sotong. masak seketika.
Masukkan lobak merah, sawi dan tomato. Masukkan pula mee kuning.
Kacau rata.

Jeng... Jeng... Siap!


16 March 2013

Timbang Berat.. Oh Tidak!!

Assalammualaikum W.B.T

Happy Weekend! Semoga kehidupan kite hari ini dan seterusnya sentiasa diberkati Allah. Amin..

Pagi-pagi saya dah bangun, mandi n solat.. lepas tu, kejut en.hasben pulak.. hurm, planning pagi nie nak bawa darwish pegi taman. Ummi pun nak ambil kesempatan untuk aktiviti sihat ni.. bak kata pepapatah, 'sambil menyelam minum air' hehehe... boleh la keluarkan peluh disamping tu dapat juga mengurangkan kalori yang ada ni. Oleh kerana pagi-pagi tadi dengan rela hati pegi pijak penimbang berat tu, hati jadi tak keruan.. kenape sikit je turun? timbang rosak kot? hahahhaha...

Bercerita tentang berat badan, segelintir wanita terlalu sensitif dalam hal melibatkan tubuh badan mereka. Ada yang terlalu obses dengan penambahan dan penurunan berat, ada juga yang tak ambil pusing dengan semua itu. Bagi saya yang mempunyai berat yang agak berlebihan ini, kadangkala teringin juga untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik dan menarik. Masa tu mula lah buat research pasal produk-produk pelangsingan yang ada di pasaran nie. Mula rambang mata bila baca testimoni pengguna yang dah berjaya turunkan berat (tengok je.. percaya jangan) hahahaha... setakat ini, en.hasben tak pernah mempersoalkan tentang berat badan saya. Maknanya, en.hasben terima saya apa adanya.. kn?

Bagi saya, tak kiralah kita gemuk atau kurus. mesti ada sebab kenapa.. kn? Kita kena lebih menghargai diri kita sebelum kita hargai orang lain. tak salah kita gemuk atau kurus.. yang penting kita jaga kesihatan diri agar kita sentiasa sihat.

Wasalam.

15 March 2013

Hurm..


Dalam hidup ni, ada dua jenis manusia je. yang baik dan yang jahat. itu saja. yang setan, tapi pura-pura macam malaikat pun banyak. life ni simple je. kalau kau rasa kau dah lama jahat, ubah la jadi baik. slow-slow. yang si baik pulak, bila orang jahat nak berubah, kau jangan la cakap macam-macam. apa kita semua ni tuhan ke yang boleh nampak isi hati manusia?

13 March 2013

13.3.13

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulillah, Allah masih memberi kita kesempatan untuk bernafas pada hari ini.

Cantikkan tarikh hari ni? mesti ramai yang nak bersalin or kahwin arini kn? hehe...

Pagi ni ade appoinment checkup klinik darwish kat Klinik Kesihatan Presint 3, Putrajaya. ramainya orang.. nasib baik datang pagi-pagi. tu pun darwish dah boring n buat perangai. geram ummi kat dia. berat darwish sekarang 11.4kg.. Alhamdulillah, naik dari sebelum ni. nurse bagi ubat cacing 2 biji untuk darwish makan.
bulan depan ade checkup hospital pulak.. nasib baik mase tu abi dah abis kursus, boleh la teman ummi n darwish gi hospital.

bercerita tentang anak bujang saya yang sorang nie.. dia sgt istimewa di hati saya dan suami. dilahirkan pada 11 Oktober 2010 - 11.10.10 hehe... (mase ni saya cakap kat dia, nape bby tak kuar semalam?) haha... kuasa Allah kn? dilahirkan awal sebulan dari tarikh yang sepatutnya. dengan berat yang hanya 1.35kg, dia dilahirkan secara pembedahan. ditahan di NICU selama 3 minggu dan 2 minggu di wad biasa untuk pemantauan peningkatan berat badan ke 1.8kg.


di NICU - 2 hari
Membesar seperti kanak-kanak lain, tapi.. paru-paru dia ade masalah. sekarang nie masih di dalam pemerhatian doktor dan kes dirujuk di Paediatrik, Hospital Putrajaya. semasa dia genap setahun, dia dimasukan ke ICU kerana Pneumonia. Alhaamdulillah, Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. dia sihat semula. setelah hampir setahun berlalu.. darwish di diagnos menghidap asma.

sampai sini dulu.. InsyaAllah, ade masa saya sambung lagi tentang permata hati saya ini.
Wasalam.

12 March 2013

DoA iBu uNtuK AnaK


1. Semasa anak, isteri atau suami sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya di waktu dua pertiga malam, kerana minda ‘bawah sedarnya’ (subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari di atas ubun-ubun, selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al Fatihah. Kemudian terus dengan berzikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda atau kalau boleh janganlah diputuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya nasihatinya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar, atau apa sahaja. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Anda akan berjaya dengan kaedah ini dengan pertolongan Allah SWT.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "saya didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah dididik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.

Mengikut logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segi empat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

11 March 2013

PaGi yAnG cEriA..

Assalammualaikum W.B.T

Subhanallah.. di pagi isnin minggu ketiga bulan mac ini, masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dan beribadah kepada Nya. Alhamdulillah..

Pagi-pagi seperti biasa bangun lebih awal daripada si kecik itu.. dlm pukul 6.45pagi, mula kejut dia.. jeng... jeng... jeng... Muhammad Darwish Haziq.. bangun sayang. dah lama sangat awk tido. bangun.. pegi skolah.
dengan mata yang terpisat-pisat.. menggeliat sambil memuncungkan bibir. 'mi' (ummi: panggilan untuk saya), nak 'shu' (susu) - rutin n ayat yang akan dia sebut bila bangun dari tido.

Jam dah pukul 7.00pagi.. darwish jom, ummi dah lambat ni. jom!! berlari-lari dia ke arah pintu.. mi... cepat... ukak (buka) sambil tangan tunjuk pintu. Dengan lafaz Bismillah... selepas memastikan saya dah pun kunci pintu sebelum gerak, saya dan si kecil itu melangkah ke arah lif.. mi.. tan (tekan).. suruh tekan butang dekat lif tu.

Bila dah smpai dekat parking, dia berlari-lari anak ke arah kereta.. bukakan pintu untuk dia, pastu dudukkan dia dlm car seat. bila saya start je enjin.. dia jerit, jom!! alan (jalan).. kereta pun bergerak....

keadaan jalan yang tak berapa nak sibuk walaupun banyak kenderaan.. dalam 15 minit, dah sampai depan taska darwish. dah ampai (sampai).. senyum2... jom.

selepas hantar dia, saya terus ke pejabat yang tidak jauh dari taska dia. hurm... macam ni lah hari-hari saya dengan budak kecik itu. dia yang banyak buat saya tersenyum pagi-pagi.. dia menceriakan hari-hari saya.

Sekian.