25 March 2013

Kesalahan berhijab

Assalammualaikum W.B.T.. Semoga kita sentiasa dilindungi oleh-Nya..

 Pengertian Aurat, Hijab, Jilbab Dan Niqab | iluvislam.com discover the beauty of islam



entry ini hanya sebagai panduan kepada wanita, ibu, adik yang diluar sana.. bukan untuk menunjuk yang diri ini terlalu sempurna, jauh sekali untuk memperlekehkan cara atau ape yang kita pakai. Sama-samalah kita memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dan yang diredhai.. 

24 March 2013

Roti John Cinta, Kasih & Sayang

Assalammualaikum W.B.T

Selamat pagi ahad! u'ols breakfast ape arini? arini saya teringin nak makan roti john, yang beli tu dah selalu rasa.. ape kata kite buat sendiri. jom, checked it out!!

Bahan2:
Bawang Besar+Bawang Putih (dikisar halus)
Daging Hancur
Telur
Daun Sup
Serbuk Kari
Maggie Cukup Rasa
Roti Hotdog
Planta

Cara Memasak 1:
Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar itu.
Setelah naik bau, masukkan daging hancur.
kacau rata, masukkan maggie cukup rasa.
bancuhkan telur, daun sup dan serbuk kari.
setelah daging masak, campurkan kedalam bancuhan telur tadi.

Cara Memasak 2:
Gunakan fry pan supaya acara memasak menjadi lebih mudah (alasan sebenarnya, tidak melekat)
sapukan planta di atas pan dengan api yang sederhana.. sapukan bancuhan daging tadi ke atas roti
letakkan di atas fry pan dan biarkan seketika. terbalik kan roti sehingga masak.
Ulang operasi ini sehingga habis bancuhan.

Saya guna 7 ketul roti hotdong bersama 5 biji telur.. (bergantung kepada citarasa masing2 ye..)

Siap!

sorilah ye.. keadaan roti xberape nak comel. tapi sedap dimakan. hehe... perasan.

23 March 2013

M.I.A

Assalammualaikum W.B.T

Semoga hari-hari kita sentiasa ceria disamping yang tersayang.. actually, happy weekend!! apa aktiviti hari nie? hurm.... saya? plan arini nak pegi beli barang dapur.. dah banyak barang habis. especially... beras. dah tinggal skit.. he3

pagi-pagi lagi saya dah bangun. cakap kat en.hasben, kite pegi TESCO awal-awal lah.. kalau pegi lambat, byk barang dah habis.. dengan confidentnye saya cakap tesco buka kul 10. hahahha... sampai je kat depan TESCO Kajang, dah banyak kereta memenuhi parking.. ramainye orang. terpandang ke arah papan tanda waktu perniagaan.. Operasi jam 8.00pagi - 11.00mlm. he3.. en.hasben jeling saya, awal lah sgt kn... hikhik... next time kite keluar rumah kul 7 lah yang. sambil senyum kambing kat dia.

banyak barang yang murah.. tu yang seronok shopping kat sini. berbaloi-baloi.. point dapat, voucher pun dapat. hari nie hari tanpa beg plastik, saya bawa empat shopping bag.. beg ikea pun ada.. beso kn.. n beg tesco, ni mmg kena bawa sebab nak dapatkan point.. beg-beg ni semua ada kategori, basah, kering, makanan dan bukan makanan.. hehe... menarik tak?

penat shopping, we'all gi KFC.. breakfast merangkap lunch. en.hasben lapo tahap gaban sebab pagi tadi tak breakfast.. kesian dia. so, saya belanja dia n darwish makan KFC. nyum2.. dah kenyang, masa untuk pulang.. darwish pun dah buat 'kueh', busyukkk!!!

sampai umah, en.hasben terpaksa kejutkan dia then bersihkan budak busyuk itu.. mengamuk sekejap sebab terjaga secara terpaksa dari tido yang lena. pastu, suruh dia tido semula.. dia mintak susu. saya cari dalam beg yang we'all bawa gi tesco tadi.. tak ada.. saya tanya en.hasben, mana botol susu darwish.. u letak mane? dia kata ada dalam beg tu.. saya cari lagi, tak ada.. Oh My God! mmg tak ada.. en.hasben kata may be cicir dalam kereta, dia trun semula kat parking..

tak lama pastu, ummi.. tak ada pun... hurm, mane botol susu dia nie? seingat saya, lepas darwish minum tadi saya letak semula kat tepi beg. waaa... confirm hilang. darwish.. botol awk dah hilang. missing in action.. dah la kat umah tu je botol susu awk. so, awk dah takyah minum susu lah ye?! hehe..


seharian.. darwish resah n gelisah. botol susu hilang mcm hilang bantal busyuk.. haha... sori ye, bukan salah ummi atau abi. bukan salah ank ummi jugak.. tak taulah mane menghilang. mulai hari nie awk minum guna cawan ye.. sayang busyuk ummi.

18 March 2013

Ruam Panas... Anak Oh Anak

Assalammualaikum W.B.T

Semoga kita sentiasa di bawah lindungan dan diberkati oleh Allah S.W.T

Hari sabtu petang.. kulit di bwh hidung darwish menjadi kemerahan. saya fikir may be dia melecet sebab dia selsema. dia pun tak menunjukkan tanda-tanda tempat itu menyakitkan.. tengah malam tu, darwish merengek seperti orang kepanasan, tak selesa tido sambil tangan dia menggaru-garu dada dan leher.

Merasa seperti ada sesuatu yang mengganggu dia, saya on lampu tido.. saya nampak bintik-bintik merah memenuhi dada  dan leher darwish. saya ingat dia hanya alahan ubat, sebab bermula seminggu yang lepas saya ada menyapu ubat aroma theraphy di dada dan leher dia. saya ambil tindakan untuk menyapu krim gatal-gatal sahaja.

 keadaan kulit darwish malam tu

esoknye, saya tengok bintik-bintik merah itu jadi makin banyak bila darwish berpeluh. kesian kat dia tergaru-garu.. rupa-rupanya darwish kene ruam panas, nasib baik dia tak demam. so, en.hasben gi beli ubat untuk darwish sebab kat umah tak ada. Alhamdulillah, pagi nie nampak bintik-bintik kemerahan tu semakin berkurang.. nampaknye ubat tu berkesan n sesuai dengan darwish. walaupun dia masih tergaru-garu di tempat yang gatal.. n mulut yang tak reti diam asyik sebut.. atit mi.. (sakit ummi). hehehe... darwish.. darwish...

 krim dan bedak antiseptik yang sangat sesuai untuk darwish.

sedikit info tentang ruam panas di sini => http://www.babycenter.com.my/a1045215/ruam-panas

Sharing is Caring.. Wasalam

17 March 2013

Mee Goreng Basah Kasih, Sayang, Cintaku..

Assalammualaikum W.B.T

Hari nie saya cakap kat en.hasben nak masak mee goreng basah.. asyik makan nasi je, kalau masak nasi je xpe.. ni nak kene pikir lauk pulak kn? so, no nasi for today. hehehe

Rasanya dah lama tak selerakkan dapur tu.. Actually, bile en.hasben outstation.. saya pun malas nak keluarkan asap kat dapur tu. Tapi, bila dia ada.. automatik saya jadi rajin nak masak. macam-macam resepi dalam kotak fikiran saya. jom tengok hasil mee goreng basah saya.. check it out!!

Bahan2
Mee Kuning (dicelur terlebih dahulu)
Cili Kisar
Sotong
Fish ball
Isi Ayam
Kicap Pekat
Sos Tomato
Sos Tiram
Lobak Merah
Sawi
Tomato
Garam + Gula (secukup rasa)
Sedikit minyak masak (utk menumis)
Air


Cara Memasak:
Tumis cili kisar hingga naik bau.
Masukkan sos tomato, sos tiram, kicap pekat dan kicap lemak manis dan air. biar ia mendidih..
 Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
 Lepas tu masukkan ayam, fish ball dan sotong. masak seketika.
Masukkan lobak merah, sawi dan tomato. Masukkan pula mee kuning.
Kacau rata.

Jeng... Jeng... Siap!


16 March 2013

Timbang Berat.. Oh Tidak!!

Assalammualaikum W.B.T

Happy Weekend! Semoga kehidupan kite hari ini dan seterusnya sentiasa diberkati Allah. Amin..

Pagi-pagi saya dah bangun, mandi n solat.. lepas tu, kejut en.hasben pulak.. hurm, planning pagi nie nak bawa darwish pegi taman. Ummi pun nak ambil kesempatan untuk aktiviti sihat ni.. bak kata pepapatah, 'sambil menyelam minum air' hehehe... boleh la keluarkan peluh disamping tu dapat juga mengurangkan kalori yang ada ni. Oleh kerana pagi-pagi tadi dengan rela hati pegi pijak penimbang berat tu, hati jadi tak keruan.. kenape sikit je turun? timbang rosak kot? hahahhaha...

Bercerita tentang berat badan, segelintir wanita terlalu sensitif dalam hal melibatkan tubuh badan mereka. Ada yang terlalu obses dengan penambahan dan penurunan berat, ada juga yang tak ambil pusing dengan semua itu. Bagi saya yang mempunyai berat yang agak berlebihan ini, kadangkala teringin juga untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik dan menarik. Masa tu mula lah buat research pasal produk-produk pelangsingan yang ada di pasaran nie. Mula rambang mata bila baca testimoni pengguna yang dah berjaya turunkan berat (tengok je.. percaya jangan) hahahaha... setakat ini, en.hasben tak pernah mempersoalkan tentang berat badan saya. Maknanya, en.hasben terima saya apa adanya.. kn?

Bagi saya, tak kiralah kita gemuk atau kurus. mesti ada sebab kenapa.. kn? Kita kena lebih menghargai diri kita sebelum kita hargai orang lain. tak salah kita gemuk atau kurus.. yang penting kita jaga kesihatan diri agar kita sentiasa sihat.

Wasalam.

15 March 2013

Hurm..


Dalam hidup ni, ada dua jenis manusia je. yang baik dan yang jahat. itu saja. yang setan, tapi pura-pura macam malaikat pun banyak. life ni simple je. kalau kau rasa kau dah lama jahat, ubah la jadi baik. slow-slow. yang si baik pulak, bila orang jahat nak berubah, kau jangan la cakap macam-macam. apa kita semua ni tuhan ke yang boleh nampak isi hati manusia?

13 March 2013

13.3.13

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulillah, Allah masih memberi kita kesempatan untuk bernafas pada hari ini.

Cantikkan tarikh hari ni? mesti ramai yang nak bersalin or kahwin arini kn? hehe...

Pagi ni ade appoinment checkup klinik darwish kat Klinik Kesihatan Presint 3, Putrajaya. ramainya orang.. nasib baik datang pagi-pagi. tu pun darwish dah boring n buat perangai. geram ummi kat dia. berat darwish sekarang 11.4kg.. Alhamdulillah, naik dari sebelum ni. nurse bagi ubat cacing 2 biji untuk darwish makan.
bulan depan ade checkup hospital pulak.. nasib baik mase tu abi dah abis kursus, boleh la teman ummi n darwish gi hospital.

bercerita tentang anak bujang saya yang sorang nie.. dia sgt istimewa di hati saya dan suami. dilahirkan pada 11 Oktober 2010 - 11.10.10 hehe... (mase ni saya cakap kat dia, nape bby tak kuar semalam?) haha... kuasa Allah kn? dilahirkan awal sebulan dari tarikh yang sepatutnya. dengan berat yang hanya 1.35kg, dia dilahirkan secara pembedahan. ditahan di NICU selama 3 minggu dan 2 minggu di wad biasa untuk pemantauan peningkatan berat badan ke 1.8kg.


di NICU - 2 hari
Membesar seperti kanak-kanak lain, tapi.. paru-paru dia ade masalah. sekarang nie masih di dalam pemerhatian doktor dan kes dirujuk di Paediatrik, Hospital Putrajaya. semasa dia genap setahun, dia dimasukan ke ICU kerana Pneumonia. Alhaamdulillah, Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. dia sihat semula. setelah hampir setahun berlalu.. darwish di diagnos menghidap asma.

sampai sini dulu.. InsyaAllah, ade masa saya sambung lagi tentang permata hati saya ini.
Wasalam.

12 March 2013

DoA iBu uNtuK AnaK


1. Semasa anak, isteri atau suami sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya di waktu dua pertiga malam, kerana minda ‘bawah sedarnya’ (subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari di atas ubun-ubun, selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al Fatihah. Kemudian terus dengan berzikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda atau kalau boleh janganlah diputuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya nasihatinya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar, atau apa sahaja. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Anda akan berjaya dengan kaedah ini dengan pertolongan Allah SWT.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "saya didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah dididik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.

Mengikut logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segi empat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

11 March 2013

PaGi yAnG cEriA..

Assalammualaikum W.B.T

Subhanallah.. di pagi isnin minggu ketiga bulan mac ini, masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dan beribadah kepada Nya. Alhamdulillah..

Pagi-pagi seperti biasa bangun lebih awal daripada si kecik itu.. dlm pukul 6.45pagi, mula kejut dia.. jeng... jeng... jeng... Muhammad Darwish Haziq.. bangun sayang. dah lama sangat awk tido. bangun.. pegi skolah.
dengan mata yang terpisat-pisat.. menggeliat sambil memuncungkan bibir. 'mi' (ummi: panggilan untuk saya), nak 'shu' (susu) - rutin n ayat yang akan dia sebut bila bangun dari tido.

Jam dah pukul 7.00pagi.. darwish jom, ummi dah lambat ni. jom!! berlari-lari dia ke arah pintu.. mi... cepat... ukak (buka) sambil tangan tunjuk pintu. Dengan lafaz Bismillah... selepas memastikan saya dah pun kunci pintu sebelum gerak, saya dan si kecil itu melangkah ke arah lif.. mi.. tan (tekan).. suruh tekan butang dekat lif tu.

Bila dah smpai dekat parking, dia berlari-lari anak ke arah kereta.. bukakan pintu untuk dia, pastu dudukkan dia dlm car seat. bila saya start je enjin.. dia jerit, jom!! alan (jalan).. kereta pun bergerak....

keadaan jalan yang tak berapa nak sibuk walaupun banyak kenderaan.. dalam 15 minit, dah sampai depan taska darwish. dah ampai (sampai).. senyum2... jom.

selepas hantar dia, saya terus ke pejabat yang tidak jauh dari taska dia. hurm... macam ni lah hari-hari saya dengan budak kecik itu. dia yang banyak buat saya tersenyum pagi-pagi.. dia menceriakan hari-hari saya.

Sekian.