13 March 2013

13.3.13

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulillah, Allah masih memberi kita kesempatan untuk bernafas pada hari ini.

Cantikkan tarikh hari ni? mesti ramai yang nak bersalin or kahwin arini kn? hehe...

Pagi ni ade appoinment checkup klinik darwish kat Klinik Kesihatan Presint 3, Putrajaya. ramainya orang.. nasib baik datang pagi-pagi. tu pun darwish dah boring n buat perangai. geram ummi kat dia. berat darwish sekarang 11.4kg.. Alhamdulillah, naik dari sebelum ni. nurse bagi ubat cacing 2 biji untuk darwish makan.
bulan depan ade checkup hospital pulak.. nasib baik mase tu abi dah abis kursus, boleh la teman ummi n darwish gi hospital.

bercerita tentang anak bujang saya yang sorang nie.. dia sgt istimewa di hati saya dan suami. dilahirkan pada 11 Oktober 2010 - 11.10.10 hehe... (mase ni saya cakap kat dia, nape bby tak kuar semalam?) haha... kuasa Allah kn? dilahirkan awal sebulan dari tarikh yang sepatutnya. dengan berat yang hanya 1.35kg, dia dilahirkan secara pembedahan. ditahan di NICU selama 3 minggu dan 2 minggu di wad biasa untuk pemantauan peningkatan berat badan ke 1.8kg.


di NICU - 2 hari
Membesar seperti kanak-kanak lain, tapi.. paru-paru dia ade masalah. sekarang nie masih di dalam pemerhatian doktor dan kes dirujuk di Paediatrik, Hospital Putrajaya. semasa dia genap setahun, dia dimasukan ke ICU kerana Pneumonia. Alhaamdulillah, Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. dia sihat semula. setelah hampir setahun berlalu.. darwish di diagnos menghidap asma.

sampai sini dulu.. InsyaAllah, ade masa saya sambung lagi tentang permata hati saya ini.
Wasalam.

No comments:

Post a Comment