18 March 2013

Ruam Panas... Anak Oh Anak

Assalammualaikum W.B.T

Semoga kita sentiasa di bawah lindungan dan diberkati oleh Allah S.W.T

Hari sabtu petang.. kulit di bwh hidung darwish menjadi kemerahan. saya fikir may be dia melecet sebab dia selsema. dia pun tak menunjukkan tanda-tanda tempat itu menyakitkan.. tengah malam tu, darwish merengek seperti orang kepanasan, tak selesa tido sambil tangan dia menggaru-garu dada dan leher.

Merasa seperti ada sesuatu yang mengganggu dia, saya on lampu tido.. saya nampak bintik-bintik merah memenuhi dada  dan leher darwish. saya ingat dia hanya alahan ubat, sebab bermula seminggu yang lepas saya ada menyapu ubat aroma theraphy di dada dan leher dia. saya ambil tindakan untuk menyapu krim gatal-gatal sahaja.

 keadaan kulit darwish malam tu

esoknye, saya tengok bintik-bintik merah itu jadi makin banyak bila darwish berpeluh. kesian kat dia tergaru-garu.. rupa-rupanya darwish kene ruam panas, nasib baik dia tak demam. so, en.hasben gi beli ubat untuk darwish sebab kat umah tak ada. Alhamdulillah, pagi nie nampak bintik-bintik kemerahan tu semakin berkurang.. nampaknye ubat tu berkesan n sesuai dengan darwish. walaupun dia masih tergaru-garu di tempat yang gatal.. n mulut yang tak reti diam asyik sebut.. atit mi.. (sakit ummi). hehehe... darwish.. darwish...

 krim dan bedak antiseptik yang sangat sesuai untuk darwish.

sedikit info tentang ruam panas di sini => http://www.babycenter.com.my/a1045215/ruam-panas

Sharing is Caring.. Wasalam

No comments:

Post a Comment