11 March 2013

PaGi yAnG cEriA..

Assalammualaikum W.B.T

Subhanallah.. di pagi isnin minggu ketiga bulan mac ini, masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dan beribadah kepada Nya. Alhamdulillah..

Pagi-pagi seperti biasa bangun lebih awal daripada si kecik itu.. dlm pukul 6.45pagi, mula kejut dia.. jeng... jeng... jeng... Muhammad Darwish Haziq.. bangun sayang. dah lama sangat awk tido. bangun.. pegi skolah.
dengan mata yang terpisat-pisat.. menggeliat sambil memuncungkan bibir. 'mi' (ummi: panggilan untuk saya), nak 'shu' (susu) - rutin n ayat yang akan dia sebut bila bangun dari tido.

Jam dah pukul 7.00pagi.. darwish jom, ummi dah lambat ni. jom!! berlari-lari dia ke arah pintu.. mi... cepat... ukak (buka) sambil tangan tunjuk pintu. Dengan lafaz Bismillah... selepas memastikan saya dah pun kunci pintu sebelum gerak, saya dan si kecil itu melangkah ke arah lif.. mi.. tan (tekan).. suruh tekan butang dekat lif tu.

Bila dah smpai dekat parking, dia berlari-lari anak ke arah kereta.. bukakan pintu untuk dia, pastu dudukkan dia dlm car seat. bila saya start je enjin.. dia jerit, jom!! alan (jalan).. kereta pun bergerak....

keadaan jalan yang tak berapa nak sibuk walaupun banyak kenderaan.. dalam 15 minit, dah sampai depan taska darwish. dah ampai (sampai).. senyum2... jom.

selepas hantar dia, saya terus ke pejabat yang tidak jauh dari taska dia. hurm... macam ni lah hari-hari saya dengan budak kecik itu. dia yang banyak buat saya tersenyum pagi-pagi.. dia menceriakan hari-hari saya.

Sekian.



No comments:

Post a Comment