16 March 2013

Timbang Berat.. Oh Tidak!!

Assalammualaikum W.B.T

Happy Weekend! Semoga kehidupan kite hari ini dan seterusnya sentiasa diberkati Allah. Amin..

Pagi-pagi saya dah bangun, mandi n solat.. lepas tu, kejut en.hasben pulak.. hurm, planning pagi nie nak bawa darwish pegi taman. Ummi pun nak ambil kesempatan untuk aktiviti sihat ni.. bak kata pepapatah, 'sambil menyelam minum air' hehehe... boleh la keluarkan peluh disamping tu dapat juga mengurangkan kalori yang ada ni. Oleh kerana pagi-pagi tadi dengan rela hati pegi pijak penimbang berat tu, hati jadi tak keruan.. kenape sikit je turun? timbang rosak kot? hahahhaha...

Bercerita tentang berat badan, segelintir wanita terlalu sensitif dalam hal melibatkan tubuh badan mereka. Ada yang terlalu obses dengan penambahan dan penurunan berat, ada juga yang tak ambil pusing dengan semua itu. Bagi saya yang mempunyai berat yang agak berlebihan ini, kadangkala teringin juga untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik dan menarik. Masa tu mula lah buat research pasal produk-produk pelangsingan yang ada di pasaran nie. Mula rambang mata bila baca testimoni pengguna yang dah berjaya turunkan berat (tengok je.. percaya jangan) hahahaha... setakat ini, en.hasben tak pernah mempersoalkan tentang berat badan saya. Maknanya, en.hasben terima saya apa adanya.. kn?

Bagi saya, tak kiralah kita gemuk atau kurus. mesti ada sebab kenapa.. kn? Kita kena lebih menghargai diri kita sebelum kita hargai orang lain. tak salah kita gemuk atau kurus.. yang penting kita jaga kesihatan diri agar kita sentiasa sihat.

Wasalam.

2 comments:

  1. nak khuwusS gak~ huhuuu *tapi takdela sampai obses..desperate je hahaaa

    ReplyDelete
  2. haha.. ade aku kesah? kihkihkih...

    ReplyDelete